KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kastam Negeri Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Rombongan yang disertai beberapa pegawai kanan Jabatan Kastam Negeri melakukan kunjungan hormat berkenaan sempena persaraan Halimah pada 14 September ini.

Beliau telah berkhidmat selama tiga tahun dua bulan di Jabatan Kastam Negeri Sarawak.

Turut serta dalam kunjungan berkenaan ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 Kaddy Jukin; Ketua Bahagian Pematuhan Azman Wahob Halimah; Ketua Bahagian Perkastaman Herman Shah Abdullah; Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 Abang Zamari Abang Nazerin serta Penolong Kanan Pengarah Kastam 2, Sharifah Norazita Wan Shazali.