KUCHING: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah akan menjadi tetamu khas, dalam program Money Matters di TV3 pada jam 6 petang, 12 September ini.

Program bual bicara ini merupakan program berkaitan ekonomi yang disiarkan setiap Sabtu bermula 4 Julai lepas.

Program ini disiarkan selama 30 minit.

Melalui program ini, hos akan membentangkan topik berkaitan ekonomi, kewangan, pelaburan, pengurusan, inovasi dan industri bersama-sama tetamu jemputan yang berlainan setiap minggu.

Terdahulu, Money Matters yang dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya memulakan episod pertama dengan menemu bual Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Mereka membincangkan hal-hal berkaitan cabaran pemulihan ekonomi Malaysia yang tidak stabil.