MIRI: Petani perlu memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang disediakan untuk meningkatkan pengeluaran produk tanaman.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu petani yang memerlukan bantuan dalam penghasilan tanaman.

“Saya berharap, melalui bantuan ini, petani dapat menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran produk tanaman mereka.

“Selain itu, ia juga dapat menggalakkan mereka untuk berubah ke arah pertanian moden,” katanya.

Adun Senadin itu berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Projek Input Pertanian Senadin di Pusat Latihan Pertanian (PLP) di sini, semalam.

Beliau berkata, bantuan itu akan berterusan dilaksanakan pada masa hadapan. “Setakat ini masih ada permohonan dalam proses dan me-nunggu untuk diluluskan,” katanya.

Seramai 33 petani dari Dun Senadin menerima bantuan baja, peralatan pertanian dan sebagainya.

Pemberian input pertanian bernilai RM507,000 keseluruhan itu dibahagikan kepada empat kategori mengikut jenis tanaman.

Penolong Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Daerah Miri, Alex Ding antara yang turut hadir.