KUCHING: Para anggota APM bertungkus-lumus meninjau kawasan berisiko dinaiki air di Sibu hari ini.

Sibu dipilih sebagai venue sambutan Hari Malaysia malam ini yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tinjauan APM pada jam 2.30 petang tadi mendapati keadaan paras air semakin surut manakala cuaca semakin cerah.

Menurut pegawai APM Daerah Sibu Frankie John Jawan, bandar itu dinaiki air ekoran air pasang besar dan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan rendah banjir.

“Di Jalan Utama Kampung Kedada / Rumah Gerinsam paras air ialah satu hingga dua kaki.

“Di kawasan Persisiran Sg.Assan dan Rumah Charles Igat tiada kenaikan paras air,” katanya.

Tambahnya, di Jalan Utama Sg.Assan pula, paras air adalah satu dan dua kaki di atas jalan.

“Dalam pada itu, kesemua Jalan Utama Persisiran Sg Assan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

“Bagaimanapun, kesemua penduduk di sekitar kawasan tinjauan tidak terjejas dan terkawal,” ujarnya.