KUCHING: Dua keluarga di Rumah Panjang Mandau Chabau, Lempaong di Betong berdepan detik cemas apabila bahagian dapur bilik mereka runtuh semalam.

Komandar Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia Henry Jugah berkata, dapur bilik no.8 dan no.9 rumah panjang terbabit runtuh disebabkan oleh keberatan batu bata yang dipasang sebagai bilik tandas.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jika berlaku.

“Tiada sebarang operasi dijalankan apabila kita hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya.

Tambah Henry, pihaknya kuha menasihatkan penghuni bilil berkenaan sentiasa waspada.