KUCHING: Hujan lebat yang berlaku pada 13 dan 14 September lalu menyebab air sungai Sungai Asap dan Sungai Belaga melimpah ke kawasan kampung dan penempatan di Uma Kulit dan Uma Sambop Lg. Semutut di Belaga.

Menurut Pegawai APM Daerah Belaga Walter Kajan, kawasan Uma Sambop terputus hubungan akibat banjir berkenaan.

“Bagaimanapun, keadaan banjir di Uma Kulit, Sg. Asap telah pulih sepenuhnya manakala jalan masuk ke Uma Sambop masih tidak dapat dilalui.

“Sebanyak lapan buah rumah di kampung terlibat terjejas akibat banjir berkenaan,” katanya hari ini.

Sehubungan itu kata Walter, penduduk kampung dan warga sekolah sekitar Uma Sambop Lg. Semutut menggunakan perahu sebagai alternatif keluar ke jalan utama.

Turut mengalami nasib yang sama adalah penduduk di kampung Uma Pawa dan Sk Lg. Urun di Belaga.

TINJAU … APM meninjau banjir di Daerah Belaga