KUCHING: Mangsa banjir di bahagian Kapit kekal seramai 128 orang setakat jam 8 pagi ini, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurutnya, mangsa banjir terbabit melibatkan dua daerah iaitu di Kapit dan Song.

“Justeru, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Stadium Tertutup Kapit dan SK Nanga Embuau.

“Seramai 84 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di PPS Stadium Tertutup Kapit manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS SK Nanga Embuau,” katanya.

Ujarnya lagi, keadaan di kedua-dua PPS tersebut berada dalam keadaan baik dan terkawal.

PPS SK Nanga Embuau, Song

TERKAWAL … Keadaan PPS di Stadium Tertutup Kapit dan SK Nanga Embuau untuk mangsa banjir di Kapit.