KUCHING: Hari ini Sarawak kekal sebagai zon hijau apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 700 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi saru kenyataan memaklumkan bahawa terdapat lapan kes masih aktif iaitu melibatkan Kluster Alam di Bintulu.

“Kesemua kes yang di dalam kluster ini juga telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital, turut dimaklumkan juga dua kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu (1) dan Hospital Miri (1) hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj sehingfa hari ini meningkat seramai 680 orang atau 97.14 peratus,”jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Manakala JBPN turut memaklumkan jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital juga menurun kepada satu (1) orang iaitu hanya di Hospital Sibu.

“Jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.71 peratus dan hari ini juga sebanyak 21 PUI baru dilaporkan dan dua PUI masih menunggu ujian makmal,” ujarnya.

Manakala pihak Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengeluarkan dua notis kompaun di Bau (1) dan Sarikei (1) kerana ada yang tidak mematuhi Garis panduan (SOP).

Selain itu, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan 141 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan seliaan SMC (45), BDA (39), MD Marudi (34), DBKU (12), MD Serian (5), MPKS (3), MB Miri (2) dan MD Sarikei (1).

JBPN turut menjelaskan PDRM akan terus memperketatkan Garis Panduan (SOP) termasuk pemakaian pelitup topeng muka di tempat awam.

“Hari ini sebanyak 1,608 premis telah dipantau iaitu Pasaraya (168), Restoran (289), Kilang (22), Bank (103), Pejabat Kerajaan (58), Penjaja (41), Pasar Tani Awam (62), Tempat Ibadah (159), Tempat Riadah (40), Tapak Pembinaan (19) dan lain- lain (647).

“Seramai 556 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (280), ATM (41), RELA (122), APM (78), PBT (32) dan lain-lain agensi (3),” jelasnya.

Sehingga hari ini juga terdapat enam sekatan jalan raya di 5 buah daerah bersempena dengan Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) dan daripada 6 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 824 jumlah kenderaan telah diperiksa.