KUCHING: Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) (CSR), Alvin Chong Chun Min daripada Syarikat Dinasti Ming dan Hope Place telah mengunjungi 20 keluarga yang memerlukan dan tampil menyampaikan sumbangan.

Sumbangan tersebut merangkumi barang keperluan seperti beras, makanan dalam tin, sabun, detergen dan telur segar.

Hope Place menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa Alvin turut tampil memberikan ikan segar kepada keluarga yang terlibat.

“Secara keseluruhan, jumlah sumbangan adalah berjumlah lebih dari RM150 untuk setiap keluarga. Penyumbang utama sumbangan ini adalah pelanggan Dinasti Ming, yang biasanya memberikan sumbangan untuk tujuan amal ketika mereka membeli barang dari Dinasti Ming.

“Dalam program lawatan tersebut Alvin dan empat pegawainya telah menyertai penghantaran dan turun padang bersama,”ujarnya.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada prosedur standard SOP sepanjang PKP, Hope Place kini hanya membenarkan maksimum lima sukarelawan pada satu masa untuk menyertai aktiviti amal mereka.

Hope Place juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan tulus atas kemurahan hati semua para penderma kerana keprihatinan dan sokongan mereka, dengan ramai keluarga yang memerlukan dapat menikmati keselesaan dalam hidup hasil bantuan dan sunbangan mereka.

Syarikat Dinasri Ming bersama Hope Place tampil membantu keluarga yang memerlukan.