SIBU: Unjuran ekonomi negara dijangka bertumbuh pada kadar 5.5 peratus sehingga lapan peratus pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Patinggi Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan ia berada sekitar antara negatif 3.4 – 5.5 peratus, impak pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, ekonomi negara dijangka pulih menjelang tahun hadapan dengan unjuran pertumbuhan pada kadar 5.5 peratus sehingga lapan peratus yang dipacu pertumbuhan ekonomi global dan domestik secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Malaysia ke-57 (2020) Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Sibu, malam tadi.

Beliau yakin usaha pemulihan ekonomi akan dipertingkatkan melalui Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada November ini.