TATAU: Dua lelaki termasuk seorang tuai rumah dikhuatiri hilang selepas bot fiber yang dinaiki karam akibat cuaca buruk di pelantar Temana A Bintulu.

Kehilangan mangsa, Kinminsna anak Kassim, 58 dari Kuala Serupai dan pekerjanya, Pendi Salim, 38, dilaporkan keluarga selepas mereka tidak pulang ke rumah sejak keluar memancing ke laut kira-kira jam 5.30 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Dennis Bunyam berkata gerakan mencari dan menyelamat segera(SAR) kedua-dua mangsa segera dijalankan dengan bantuan seorang anggota polis dari Balai Polis Daerah Tatau, dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau serta tiga penduduk rumah panjang terbabit.

Pusat Kawalan Tempat Kejadian(PKTK) turut diakrifkan di jeti Kuala Serupai.

SAR disambung hari ini.