SARAWAK United FC akhirnya berjaya memperolehi tiga mata berharga selepas menumpaskan Kelantan United FC (2-1) pada pertembungan sengit di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Sentuhan penyudah hebat dua bintang sensasi, Amri Yahyah minit ke-6 dan Patrick Ronaldinho Wlem minit ke-17 penyumbang keceriaan anak didik E.Elavarasan.

Meskipun, sedikit tersentak dengan jaringan Selwan Sinan Chasib Al Jaberi menerusi sepakan penalti minit ke-78.

Aksi pantas dan bertenaga diperaga barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan E. Elavarasan sepanjang saingan.

Banyak peluang dimiliki untuk menambah koleksi jaringan, namun percubaan dilakukan gagal menembusi gawang pelawat.

Aksi seterusnya, Sarawak United FC akan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV pada 25 September.