PENGENDALI Chelsea Frank Lampard memburu kemenangan pada pertarungan menentang juara bertahan, Liverpool pada Ahad ini (11.30 malam, 20 Sept).

Disebalik perlawanan itu, perang mulut berlaku antara Lampard dan pengendali Liverpool Jurgen Klopp. Lampard belajar daripada gaya Mourinho, apabila melontarkan kritikan sebelum perlawanan besar bermula.

Bos Blues itu menyatakan dengan jelas rasa tidak gembira terhadap Klopp dan kakitangan Liverpool ketika saingan terakhir musim lalu di Anfield.

Apabila Klopp memberi komen mengenai perbelanjaan skuad Lampard dengan mengatakan Liverpool “tidak boleh menjadi seperti Chelsea”, Lampard tidak berdiam diri.

Lampard berkata, dia “geli” berbanding menyesal sambil merujuk kepada kehadiran Sadio Mane, Virgil van Dijk, Mo Salah, Roberto Firmino, Alisson dan bintang lain dibawa Klopp. – Agensi