KUCHING: Isteri Ketua Menteri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang menyempurnakan majlis pelancaran jenama Kaleng Kueh di Heritage Central Cafe, semalam.

Pelancaran jenama Kaleng Kueh tersebut merupakan satu platform untuk membantu usahawan kuih tradisional menjual produk mereka di bawah satu jenama.

Selain itu, pelancaran tersebut juga dapat melestarikan kuih tradisional seperti kuih cap, cuih cincin, penyaram, apam, bingka, takir, celorot dan sebagainya supaya terus menjadi juadah setanding juadah atau pastri di luar negara.

Pelancaran jenama itu membawa nama Sarawak ke pentas dunia setanding negara Amerika Syarikat yang mempunyai donut dan Perancis yang mempunyai croissant, eclair dan prioche.

Hadir sama Menteri Muda Undang Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sabariah Putit dan ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati).