KUCHING: Pegawai tentera berpangkat Kolonel pertama berbangsa Iban, Kol(B) Dunstan Nyaring Lawrence Angking meninggal dunia di kediamannya di Kuching, Rabu lalu.

Berita peninggalan beliau disahkan oleh satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), hari ini.

Kenyataan tersebut mendedahkan mendiang meninggal dunia di kediamannya sekitar jam 6.15 pagi kerana sakit tua.

Terdahulu, mendiang Dunstan berkhidmat di pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) bermula tahun 1964, sekaligus menempah tempoh kegemilangan membanteras pengganas komunis di Sarawak.

Atas kecemerlangan tersebut, Kerajaan Sarawak telah menganugerahkan ‘Battle Truncheon’ pada 19 November 1966 yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Sarawak pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee kepada beliau.

Upacara pengebumian mendiang selamat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Kristian Angelican, Batu Kitang pada jam 9.00 pagi, hari ini.

MENINGGAL DUNIA…Upacara pengebumian mendiang selamat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Kristian Angelican, Batu Kitang pada jam 9.00 pagi