SIBU: Seramai 70 peserta daripada agensi kerajaan dan pemain industri pelancongan tempatan menghadiri Bengkel Kajian Pelan Induk Pelancongan Negeri 2020-2035 di sebuah hotel di sini, semalam.

Bengkel inisiatif Kerajaan Sarawak melalui Unit Perancang Ekonomi mulai 22 hingga 24 September itu melibatkan penyertaan peserta dari wilayah tengah.

Terdahulu, bengkel telah dimulakan di Kuching dua minggu lepas, diteruskan di Miri, Sibu dan berakhir di Bintulu minggu depan.

Objektif kajian ini untuk menempatkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan melalui penjenamaan destinasi dan pembangunan strategi jangka pendek dan jangka panjang dari 2020 hingga 2035.

Kajian ini menyediakan rangka kerja yang teratur dan berstruktur bagi pembangunan dan promosi pelancongan.