BETONG: Sebanyak 18 projek bernilai lebih RM1.61 billion telah dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 khusus untuk peringkat Zon Betong.

Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi berkata, cadangan tersebut antara perkara ditekankan di dalam ringkasan strategi pembangunan terhadap zon kawasan terbabit.

Sementara itu dedahnya, liputan bekalan air semasa mencatatkan sejumlah 82.9 peratus secara keseluruhan di negeri Sarawak.

Tambahnya, ia merangkumi sejumlah 99 peratus capaian liputan bekalan air di bandar manakala kawasan luar bandar kini telah mencecah kepada 65.5 peratus.

“Statistik liputan bekalan air semasa bahagian Betong berjumlah 87 peratus seterusnya diikuti N27 Sebuyau sebanyak 86 peratus.

“Manakala bahagian Sri Aman dan N30 Balai Ringin masing-masing mencatat sebanyak 53 dan 27 peratus,” jelasnya ketika berucap pada Konvensyen PBB Zon Betong 2020, hari ini.