BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan pembangkang cemburu melihat pembangunan yang diatur oleh Kerajaan GPS.

Katanya, sehingga mereka menuduh kesemua yang dilakukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hanya ‘hot air’ semata-mata.

“Sedangkan, merekalah yang sebenarnya panas…cemburu betapa banyaknya pembangunan dilakukan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya pada Konvensyen Khas PBB Zon Betong di sini, hari ini.

Jelasnya, pembangkang tidak tahu Abang Johari mempunyai strategi sendiri bagi mendapatkan dana untuk projek pembangunan yang telah dirancang.