BETONG: Konvensyen Khas PPB Zon Betong dimulakan dengan ucapan pembangunan infrastruktur di kawasan Sarawak oleh Naib Yang Dipertua PBB Datuk Julaihi Narawi.

Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan mula dipenuhi seramai 700 perwakilan seawal jam 7 pagi.

Tinjauan Suara Sarawak di lokasi menyaksikan program dijalankan secara norma baharu dengan mengikuti prosuder operasi standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Semua perwakilan kelihatan tekun dalam mendengar perkongsian strategik oleh pihak kementerian itu.

Surat khabar Suara Sarawak turut diagihkan kepada semua perwakilan dan jemputan yang hadir sepanjang program.