BETONG: “Kami bersedia berjuang jiwa dan raga bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya, selepas tiga tahun meneraju pucuk pimpinan Sarawak, beliau menunjukkan kebolehan, integriti, keberanian, keprihatinan, inklusiviti dan adil kepada semua.

“Justeru, kami perwakilan yang berkumpul di konvensyen pada hari ini menunjukkan sokongan padu kepada kepimpinan Abang Johari,” katanya.

Naib Yang Dipertua PBB itu berkata pada Konvensyen Khas PBB Zon Betong di sini, hari ini.

Uggah menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum.