KUCHING: Sebanyak 350 peket kuih bulan telah disumbangkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Green Road, semalam.

Pengagihan kuih bulan tersebut telah diadakan bersempena dengan Pesta Kuih Bulan di SJKC Chung Hua No. 4 Jalan Nanas Barat, di sini semalam.

Kuih bulan tersebut telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan dan tetamu yang hadir pada program tersebut.

Penyampaian kuih bulan itu semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua PBB Cawangan Satok Datuk Ibrahim Baki.

Dalam hal berkaitan JKKK Green Road juga telah menyampaikan sumbangan kepada SJKC Chung Hua No.4 dan Sekolah Menengah Chung Hua No.4 masing-masing menerima RM1,000.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan Abdul Samat Gani, Ketua Pemuda PBB Satok Kaunselor Dzamaluddin Zainudin serta wakil yang lain.