MIRI: Warga setempat gempar dengan kehadiran sebuah kenderaan yang ditemui tersadai di Pantai Lutong d sini, awal pagi tadi.

Bukan itu sahaja, sebuah tongkang yang dapat dilihat berada berhampiran juga dipercayai hanyut.

Setakat tengah hari tadi, masih belum ada lagi pemilik tampil ke hadapan untuk menuntut kenderaan jenis Avanza berwarna biru.

Menurut sumber, kenderaan tersebut telah diletakkan di kawasan pantai berkenaan sebelum ia dipercayai dihanyutkan akibat air pasang.

Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 8 pagi hari ini sebelum memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri.

Kredit video: Fb Zaliha Hassan