BAGI mahu merasai kehidupan sebenar masyarakat Bidayuh sambil menikmati keindahan alam semula jadi Sarawak, Pusat Warisan Bung Bratak pilihan destinasi sesuai.

Bung Bratak terletak di Batu 6, Jalan Lundu-Bau dibina bertujuan mengekalkan tradisi masyarakat Bidayuh Jagoi-Bratak.

Tempat itu juga sangat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah dan bermandi-manda bersama-sama keluarga dan rakan.

Selain itu, terdapat juga muzium mini yang memaparkan segala berkaitan dengan sejarah dan kebudayaan masyarakat Bidayuh JagoiBratak.

Pengunjung juga tidak perlu risau dengan makanan kerana pihak tempat itu menyediakan kemudahan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.