BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip mengetuai rombongan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Sarawak mengadakan lawatan ke Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Duh Jepak.

Beliau, yang juga pengerusi jawatankuasa itu turut disertai Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Adana Jed; Pengarah Unit Audit Dalam Negeri Toieyah Tioh dan wakil Pengarah Jabatan Audit Negara, Sarawak Thomas Paul Bilun.

Lawatan itu antara lain untuk meninjau serta memeriksa status siap projek RTP berdasarkan spesifikasi projek.

Lawatan dimulakan dengan tinjauan dan pemeriksaan projek di kawasan Dun Jepak disusuli kawasan Dun yang lain.

Lawatan itu juga bagi membuktikan betapa serius dan komitednya Kerajaan Sarawak dalam memastikan pelaksanaan RTP adalah telus.