KUCHING: Seorang wanita ditemui maut disyaki menggantung diri di kediamannya di kampung Bintawa Tengah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan laporan kes diterima daripada pihak awam pada jam 5.15 pagi.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang perempuan melayu berusia 27 tahun.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tergantung oleh pasukan polis yang di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Umum Sarawak,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes.

Sementara itu katanya, mayat telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, siasatan kes kini sedang dijalankan dan kes dibuka sebagai mati mengejut(SDR).