JAKARTA: Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mendesak pihak berkepentingan supaya bersiap sedia menghadapi banjir susulan musim hujan semakin hampir di negara itu.

Memetik Jakarta Post, fenomena La Nina bakal membawa fenomena cuaca melampau yang bakal melanda di kepulauan Indonesia.

“Kami harus bersedia kerana bukan hanya berhadapan kesan banjir tetapi juga penularan Covid-19. “Situasi ini memerlukan perhatian yang serius,” katanya pada sidang media berkenaan persediaan menghadapi musim hujan di Jakarta.

Baswedan berkata, pihak pengurusan bencana juga perlu mematuhi protokol kesihatan yang ketat untuk mencegah Covid-10 ketika usaha pemindahan mangsa banjir.

Tambahnya, Indonesia mendirikan lebih khemah untuk menempatkan mangsa banjir sebagai langkah penjarakan fi zikal dan pematuhan protokol kesihatan.