BEIRUT: Hakim Lubnan, Fadi Sawwan menghantar surat kepada Interpol menangkap dua warga Rusia yang didakwa bertanggungjawab atas ledakan 2.755 tan amonium nitrat di Pelabuhan Beirut, 4 Ogos lalu.

AP pada Jumaat mengutip agensi berita Lubnan, NNA Fadi, ketua pasukan penyiasat ledakan di Pelabuhan Beirut menamakan Boris Prokoshev dan Igor Grechushkin bertanggungjawab atas insiden terbabit. Boris kapten kapal MV Rhosus mengangkut amonium nitrat itu dari Pelabuhan Batumi, Georgia menuju Mozambique.

Boris menghadapi masalah kewangan untuk membayar cukai lalu mendapatkan pekerjaan sambilan dengan singgah di Beirut pada 19 November 2013.

Kapal tersebut disita pihak berkuasa apabila dia tidak membayar cukai dengan amonium nitrat dipindahkan ke gudang barang sitaan di pelabuhan.

Sementara, Igor ialah usahawan Rusia pemilik MV Rhosus, bermukim di Cyprus.

Igor membeli kapal tersebut daripada usahawan setempat, Charalambos Manoli pada 2012. Igor disiasat polis Cyprus atas permintaan Interpol di Lubnan.