TOKYO: Kadar pengangguran Jepun meningkat kepada 3 peratus pada Ogos, iaitu angka tertinggi sejak pertengahan 2017.

Angka tersebut, meningkat 0.1 peratus dari Julai buat pertama kalinya sejak Mei 2017 dengan pada 3 peratus atau lebih tinggi, menurut data Kementerian Hal Ehwal.

Data terpisah yang dikumpulkan oleh kementerian tenaga kerja menunjukkan hanya 104 peluang pekerjaan untuk setiap 100 pencari kerja pada Ogos.

Jepun yang sudah menghadapi masalah bencana alam dan kenaikan cukai penggunaan sebelum wabak Covid-19, melumpuhkan lagi ekonomi global tersebut.

Ketika pandemik melanda, tiada langkah penguncian wajib di negara itu dengan kerajaan hanya meminta penduduknya tinggal di rumah, yang kebanyakannya diendahkan.

Namun situasi itu bertambah buruk dengan penutupan sempadan negara yang melumpuhkan industri pelancongan dan industri pelancongan.

Pasaran buruh Jepun sangat ketat, dengan majikan bergelut untuk mengambil pekerja selain populasi usia bekerja menyusut dalam masyarakat yang semakin meningkat usia.

Bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe sebelum ini berusaha untuk mengatasinya dengan membawa lebih banyak wanita dan warga tua dalam sektor pekerjaan selain melonggarkan dasar imigresen negara yang ketat.

Penggantinya Yoshihide Suga, yang memegang jawatan bulan lalu itu turut berjanji untuk meneruskan polisi Abe. – AFP