KANOWIT: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut mesra sebaik tiba di destinasi pertama di Gerai Serbaguna dan Tamu Majlis Daerah Kanowit (MDK) sempena kembara bermotosikal ke Kapit semalam.

Abang Johari Tun Openg bersama rombongannya berlepas dari Eco Garden Sibu Jaya sebelum tiba di Kanowit sekitar sejam kemudian.

Ketibaan beliau dan rombongan disambut Timbalan Menteri Kesihatan II merangkap Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang.

Hadir sama, Adun Machan Allan Gramong, mantan Adun Machan Datuk Seri Gramong Juna, Pegawai Daerah Kanowit, Kathreen Lalai Eddie Saga dan Setiausaha MDK Anthony Luta.

Sebaik tiba beliau mengikuti taklimat Projek Pembangunan oleh agensi pelaksana sebelum bertemu mesra dengan peniaga dan pengunjung di Pasar Tamu MDK .

Sebelum meneruskan perjalanan ke Nanga Ngungun dan Kapit beliau meluangkan masa seketika bersarapan bersama-sama rakyat di Gerai Serbaguna Kanowit.