NEW DELHI: Persatuan Perubatan India (IMA) mendedahkan lebih 500 doktor maut akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara itu.

“IMA mendedikasikan pengorbanan 515 doktor India yang maut ketika memerangi pandemik Covid-19. “Kami juga memberi penghormatan kepada petugas kesihatan dan jururawat yang sanggup mengorbankan nyawa mereka,” kata IMA menerusi laman sosial.

Persatuan itu turut memuat naik senarai doktor yang terkorban berserta gambar mereka di laman sosial tersebut sebagai tanda penghargaan.

Mengutip Xinhua, Presiden IMA, Dr Rajan Sharma berkata kebanyakan doktor yang maut, iaitu 201 orang adalah dalam kumpulan umur 60 dan 70 tahun, diikuti 171 doktor yang berumur 50 hingga 60 tahun.

Sementara, doktor yang maut berusia 70 tahun ke atas melibatkan 66 orang dan 59 lagi melibatkan umur 35 hingga 50 tahun.

Manakala 18 doktor yang meninggal berumur kurang daripada 35 tahun. Secara global India negara kedua paling teruk dilanda wabak itu selepas AS.