KUCHING: Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bekerjasama dengan AirAsia Berhad dalam membantu pelajar IPT yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran secara terbuka.

JPT dalam satu kenyataan berkata, AirAsia Berhad membantu menyediakan kemudahan pertukaran tarikh tanpa had kepada pelajar sebelum 31 Disember depan di laluan yang sama.

“Kemudahan pertukaran tarikh tersebut dikenakan tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk pelajar dan ibu bapa,” katanya semalam.

JPT menjelaskan, pelajar yang berkenaan boleh menghubungi IPT masing-masing untuk mendapatkan cara mengemukakan maklumat bagi tujuan tersebut.

Terdahulu, Sarawak Volunteers menyediakan penginapan kepada lebih 20 pelajar yang terkandas di Semenanjung Malaysia akibat penangguhan pendaftaran pelajar IPT baru-baru ini.

Penasihatnya Fazzruddin Abdul Rahman berkata, Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak menyediakan penginapan di Hotel Tune Kuala Lumpur bagi kemudahan penginapan sementara para pelajar.

Beliau turut menasihatkan agar pelajar yang berhadapan sebarang masalah dan memerlukan bantuan boleh berhubung dengan Bilik Operasi Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur & Sarawak Volunteers di talian yang telah dikongsi.

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka untuk pelajar baharu dan lama bagi kemasukan ke kampus bulan ini.

Keadaan tersebut menimbulkan kegusaran dan keluhan para pelajar yang telah membeli tiket penerbangan sehingga terpaksa membeli tiket penerbangan pulang akibat keputusan mendadak KPT.

Pertukaran tarikh tanpa had kan kegusaran dan keluhan para pelajar yang telah membeli tiket penerbangan sehingga terpaksa membeli tiket penerbangan pulang akibat keputusan mendadak KPT.