KUCHING: Kumpulan Syarikat Naim akan melancarkan ‘Tawaran Hebat’ promosi hartanah bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-25 Kumpulan tersebut yang akan bermula pada 15 Oktober ini.

Promosi yang julung kali diadakan ini akan menyaksikan pelbagai diskaun atau rebat bermula daripada 25 peratus.

Bukan itu sahaja, banyak lagi tawaran menarik yang akan ditawarkan kepada kediaman terpilih dan hartanah komersial seluruh kumpulan.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Naim, Christina Wong berkata, promosi tersebut dilancarkan sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat terhadap Naim bertahun lamanya.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.

Kami tidak akan dapat sampai sejauh ini tanpa sokongan yang sedemikian,” katanya.

“Promosi kali ini tidak seperti promosi-promosi yang pernah kami adakan sebelum ini,” katanya lagi.

Beliau menambah, Naim mengalu-alukan mereka yang berminat untuk merebut peluang mendapatkan hadiah ulang tahun daripada Naim.

Oleh itu, Naim menyeru orang ramai untuk mencari maklumat berkenaan promosi ini melalui pengumuman awam pada 15 Oktober ini.

“Oleh kerana promosi ini dilakukan secara ‘siapa cepat dia dapat, sila bertindak pantas,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Tawaran Hebat’ promosi mega ini, hubungi +6082-416288/+6016- 8899944 (John), +6086-343881/+6010- 9870999 (Kelly) atau +6085-491000/+6013- 8032525 (Haliza).