SARIKEI: Seramai 70 peserta menghadiri program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Dewan Sri Nyelong di sini, pada Selasa. Majlis perasmian program disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Penganjuran aktiviti itu merupakan sebahagian inisiafif kerajaan melalui Jabatan Pertanian untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui amalan pertanian moden.

Selain itu, menyuntik semangat serta membuka minda masyarakat termasuk golongan muda terhadap potensi besar bidang pertanian sebagai penyumbang ekonomi.

Peserta berpeluang mengikuti sesi ceramah yang dibentangkan oleh ahli panel sepanjang program antaranya, Latihan Amali Sistem Fertigasi oleh Mohd Zulkarnain Ben.

Hadir sama Timbalan Residen Sarikei Abang Mohamad Forkan Abang Budiman; Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei Rainy Yaman; Pegawai Pejabat Daerah Sarikei Christopher Ranggau Unting dan Temenggong Sarikei Awangku Ibrahim Awangku Hosain. Program dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak, Pertubuhan Peladang Sarawak dan Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang.