PARIS: Eropah mencatat 6 juta kes Covid-19, dengan Scotland dan Brussels menjadi negara terbaru memperkenalkan pengurangan penggunaan alkohol, sementara para pakar memperinci kesan pandemik yang sangat berbeza bagi negara terkaya dan termiskin di dunia.

Penutupan pub selama dua minggu di badar pusat Scotland, termasuk Glasgow dan Edinburgh, dirancang sebagai “tindakan jangka pendek dan jitu untuk mengekang peningkatan jangkitan yang membimbangkan,” kata Menteri Pertama Nicola Sturgeon.

Di Brussels, bar dan minum alkohol di tempat awam dilarang sehingga 8 November, kata kerajaan daerah. Perintah berkurung 11 malam bagi bar diumumkan di seluruh negara.

Ini kali kedua Brussels mengenakan tindakan tersebut sejak wabak melanda, dan berlaku sehari setelah perintah yang sama dikenakan untuk bar dan kafe di Paris.

Di Switzerland, kes melonjak melebihi 1,000 kes semalam buat kali pertama sejak 1 April lalu, ketika penduduknya digesa mematuhi perintah larangan.

Dengan lonjakan kes baru itu, Menteri Kesihatannya, Alain Berset menggesa penduduk mengikut arahan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan sama ada di tempat awam atau tertutup.

Sementara itu, Itali pula mengenakan syarat memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan melanjutkan perintah darurat hingga 31 Januari.

Eropah kini merekodkan 6,031,890 jangkitan dan 237,976 kematian, menurut jumlah AFP pada 1500 GMT. Negara Eropah yang paling teruk terjejas ialah Rusia (1,248,619 jangkitan dan 21,865 kematian), Sepanyol (825,410 jangkitan, 32,486 kematian), Perancis (669,235 jangkitan, 32,365 kematian) dan Britain (530,113 jangkitan, 42,445 kematian). – AFP