MANILA: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Filipina menghampiri angka 330,000 selepas 2,800 jangkitan baru dikesan, lapor Jabatan Kesihatan pada Rabu.

Memetik laporan Manila Buletin, Kementerian Kesihatan mengatakan 2,825 orang baru menghidapi Covid-19, sekali gus meningkatkan jumlah kes aktif di seluruh negara kepada 49,989.

Jumlah kumulatif Filipina pada masa ini ialah 329,637 kes jangkitan. Metro Manila mencatat jumlah kes baru tertinggi dengan 1,031, diikuti Cavite 243 kes, Batangas 238 kes, Bulacan 173 kes dan Rizal 159 kes.

Jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 273,723 selepas 437 lagi pesakit sembuh, sementara jumlah kematian meningkat kepada 5,925 dengan 60 kematian baru.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire mengatakan Kementerian Kesihatan kini bersiap sedia untuk Percubaan Solidariti WHO untuk Vaksin yang dijangka bermula akhir bulan ini.

Selain panel pakar vaksin di negara itu, Vergeire mengatakan kerajaan juga mewujudkan “jawatankuasa pemantauan keselamatan data.”

Biro promosi kesihatan Kementerian Kesihatan juga bersiap “melibatkan” masyarakat dengan inisiatif tersebut.