KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Sambutan Hari Jadi Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud semalam.

Manyin yang juga Adun Tebedu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah yang sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Adun Stakan Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi menerima Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Gelaran yang sama dianugerahkan kepada Adun Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Rosey Yunus dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Mohd Shahabuddin Omar pula dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk, manakala Datuk Dr Othsman Hassan dianugerahkan (PGBK Kehormat).

Selain itu, enam penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu ialah Dato Dr Chai Khin Chung, Ismail Mohamad Hanis, Buckland Bangik, Ronnie Edward, Rodziah Morshidi dan Awang Suhaili @ Suhaidi Ledi.

Dalam pada itu, seramai 19 individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato iaitu Westmoreland Edward Palon, Chai Moi Fong, Dr Jamilah Hashim, Ahmadi Yusoff, Sim Kiang Chiok, Azizi Morni, Dr Madeline Berma, Ahmad Shafiee Yaman, Tan Guek Kee, Tan Joo Poi, Datin Amar Doreen Mayang @ Doreen Lee Mei Hua, Datin Amar Corinne Bua Nyipa, Dr Philip Raja, Michael Sim Kiam Hui, Keripin Nangkai, Temenggong Ang Keng Su, Bobby Ting Sie Ching, Awangku Jawa @ Pengiran Jawa Pengiran Amzah, Ting Choon Hua dan Profesor Linda Kristjanson (PSBS Kehormat).

Sementara itu lima dianugerahkan Johan Bintang Sarawak (JBS) iaitu Jefferson Jamit Unyat, Rikcy @ Mohammad Razi Sitam, Elizabeth Deng, DCP Datuk Dev Kumar M.M Sree dan Shankar Ram Pohumall Bagi Pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) pula dianugerahkan kepada 15 penerima iaitu Yusuf Abdul Wahab, Julaihi Mohamad, Safiee Ahmad, Lo Khere Chiang, Alexander Vincent, Edwin Banta, Narawi Rashidi, Ahmad Malie, SAC Denis Leong Soon Kuai, Sallih Bitin, Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah, Bolhassan Iskandar Taibi, Profesor Madya Dr Narayanan N Kulathu Ramaiyar, Abang Noordin Datuk Abang Zainuddin serta Hafiz Khalid.

Lima lagi menerima Pingat Johan. Perkhidmatan Cemerlang (JPC) iaitu Abang Mat Ali Abang Masagus, Jonathan Lugoh, Dr. Anthony Valentine Laiseh, Brahim Lumpu dan Dr. Chin Zin Hing. Di samping itu, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) diterima oleh 17 individu, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Posthumous)(satu), Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (17), Pegawai Bintang Sarawak (41), Pegawai Bintang Sarawak (Posthumous)(satu), Pegawai Bintang Kenyalang (113), Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (148) Ahli Bintang Sarawak (168), Ahli Bintang Kenyalang (165), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa)(229) dan Bentara Bintang Sarawak (228).

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang diadakan di Kompleks Dun baharu itu mematuhi SOP tahap tinggi susulan pandemik Covid-19.

Malah, hanya media rasmi dibenarkan membuat liputan iaitu RTM, Jabatan Penerangan Malaysia dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Manakala agensi media lain hanya memantau menerusi siaran langsung Facebook.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir sama dalam istiadat tersebut.