BINTULU: Sesi persekolahan di SMK Bandar Bintulu akan ditutup selama seminggu sehingga 16 Oktober ini.

Ia berikutan terdapat kalangan ibu bapa pelajar yang dikesan positif dijangkiti virus Covid-19.

Penutupan sekolah tersebut disahkan sendiri pengetuanya, Patrick Philip Moss menerusi aplikasi WhatApp kepada Suara Sarawak.

Menurut beliau, pihak sekolah telah menerima surat arahan penutupan sekolah itu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, awal hari ini.

Sepanjang tempoh tersebut, katanya, sesi pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara atas talian seperti semasa di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).