KUCHING: Istana Negara memaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan membentuk kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit itu, Anwar hanya mengemukakan ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sultan Abdullah telah berkenan menerima menghadap Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.