KOLA percaya inilah ketika yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak, iaitu impian menjadi kenyataan bahawa Sarawak sudah mempunyai stesen TV sendiri yang memberi makna yang begitu penting kepada usaha untuk mengangkat tahap industri kreatif di Sarawak kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Sudah tiba masanya martabat negeri Sarawak diperkasakan di persada nasional dan seterusnya di arena antarabangsa melalui platform penyiaran dan saya yakin TVS akan mempermudahkan usaha ini.

Saya juga amat yakin naungan payung keharmonian Tun (Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sebagai Ketua Negeri akan terus menyediakan suasana kondusif kepada anak Sarawak untuk berkarya, terutamanya para penggiat dan pemain dalam dunia kreatif.

Kola serta rakyat sama-sama berdoa agar Tun dan Toh Puan terus dikurniakan kesihatan dan dilindungi oleh Allah SWT dan kami amat berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada Tun untuk melancarkan TV Sarawak sebentar lagi.

Kebanggaan rakyat Sarawak Hari ini merupakan satu lagi hari bersejarah bagi rakyat Sarawak dengan berkumpulnya kita untuk pelancaran TVS oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. TVS adalah stesen TV milik Kerajaan Negeri yang pertama di Malaysia.

Stesen kepunyaan dan kebanggaan rakyat Sarawak. Ini adalah perjalanan yang cukup panjang dan sukar bagi kita untuk menjadikan TVS bangun dan berdiri.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan TVS sesuatu yang mungkin, terutamanya kepada mereka yang berada di Kumpulan Media Sarawak (SMG) kerana dapat mengharungi semua cabaran dan hari ini dengan bangganya mempersembahkan TVS kepada semua rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia.

Menepati janji TVS mula menyiarkan program pada petang semalam bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-84 TYT kita.

Ini adalah hadiah yang hebat untuk rakyat Sarawak tetapi yang lebih penting, ia adalah platform untuk mempromosikan karya para pemain dalam kancah kreatif tempatan kita dan memberi mereka peluang untuk menjana bakat mereka.

Membangunkan stesen TV Sarawak sendiri adalah antara beberapa janji awal yang saya buat apabila saya mengambil alih daripada Allahyarham Pehin Sri Adenan.

Petang ini, Alhamdulillah saya berasa gembira kerana telah dapat memenuhi satu lagi janji kepada rakyat Sarawak dalam jangka masa tiga tahun atau lebih. Industri kreatif Sarawak TVS tanpa diragui akan menjadi platform untuk pencipta kandungan kita, penerbit dan penghibur untuk mempamerkan hasil karya mereka.

TVS adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan untuk semua rakyat Sarawak yang akan menjadi mercu tanda usaha Sarawak untuk memanfaatkan potensi industri kreatif dan akhirnya mengembangkan ekonomi yang berpusat pada industri kreatif.

Ia sesuatu yang amat mencabar tetapi saya tidak mahu memandang rendah keupayaan rakyat Sarawak untuk bangkit menghadapi cabaran.

Saya berasa amat yakin kerana saya cenderung percaya bahawa Sarawak tidak kekurangan bakat dan bahan kandungan untuk ditunjukkan kepada penonton nasional dan bahkan dunia.

Sebilangan besar bakat Sarawak sendiri terpaksa mencari pentas di tempat lain untuk dikenali oleh khalayak yang lebih besar. Siapa yang tidak kenal dengan Dayang Nurfaizah, Bob, Miss World Malaysia, Dewi Liana dan terbaharu Fransisca Luhong, iaitu Miss Universe Malaysia, semuanya anak Sarawak.

Saya percaya banyak lagi bakat di luar sana yang belum digilap dan diberi peluang untuk menonjolkan diri.

Saya sejujurnya berharap TVS dengan konsep ‘Segar dan Memberi Inspirasi’ ini akan menyediaHadiah hebat untuk rakyat kan jalan alternatif untuk bakat tempatan untuk sampai ke pentas kebangsaan dan dunia.

Digitalisasi Sarawak Sarawak berada di landasan yang betul dalam usahanya untuk mendigitalkan pelbagai sektor ekonomi dalam tiga tahun terakhir.

Dalam IDECS keempat, kami juga diberi pandangan tentang bagaimana digitalisasi melalui industri media dapat memberikan potensi yang luar biasa kepada Sarawak.

Industri media mempunyai banyak manfaat dalam ekonomi digital melalui kandungan yang menarik.

Dengan strategi pembezaan yang tepat dan cadangan penjualan unik yang jelas, saya yakin TVS akan lebih menonjol dari yang lain dalam dunia penyiaran nasional.

Kewujudan TVS tidak akan terbatas pada bahagian tempatan sahaja namun kita akan melihat perkara tersebut untuk menjadi pemain serantau dan seluruh dunia.

Dalam melaksanakan perkara tersebut, masyarakat kreatif perlu mengambil langkah berani untuk meletakkan diri mempelajari pengetahuan baru serta mempelajari teknologi canggih.

Ia merupakan satu-satunya jalan untuk kita melonjak naik dan kita sudah pun memulakan langkah tersebut.

Oleh itu, saya ingin mengajak semua masyarakat atau individu yang kreatif dalam meneruskan perjalanan hebat bersama TVS.

Dengan adanya kewujudan TVS, saya pasti akan ada lebih banyak peluang bagi rakyat Sarawak untuk menggilap bakat mereka dalam pelbagai bidang ini.

Sebaliknya, peluang pekerjaan juga akan lebih banyak dibuka yang bermaksud lebih banyak aliran pendapatan dijana untuk penghasilan kandungan dalam ekosistem digital ekonomi Sarawak.

Seperti yang kita tahu, TVS bukan sahaja platform bagi masyarakat untuk mendapatkan berita rasmi tempatan, nasional dan global, tetapi ia juga sebagai satu platform yang mendorong integrasi nasional antara pelbagai bangsa dan budaya.

Ikatan yang dimiliki pada hari ini, bukan sahaja harus dijaga tetapi harus dikongsi bersama dalam kita menuju ke arus pemodenan yang lebih maju.

Saya turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Media Sarawak (SMG), individu dan staf yang bertanggungjawab kepada kewujudan TVS kerana telah membawa Sarawak ke tahap yang baharu.

Dengan adanya TVS, saya berharap ia akan membuka lebih banyak peluang bagi Sarawak untuk lebih dikenali di bahagian lain di dunia malah ia juga akan meningkatkan potensi pelancongan kita.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan SMG kerana telah bekerja tanpa henti dalam menjayakan TVS.

Saya harap SMG akan terus menghasilkan kandungan yang menarik dan mengembangkan lebih banyak bakat dalam masa terdekat.

Pada tahun ini, TVS disiarkan secara TRIAL RUN di Astro. Sebagai stesen baharu, TVS perlu menjalani percubaan untuk jangka masa tertentu bagi memastikan semua kestabilan teknikal dan aliran kerja memenuhi standard industri.

Siaran bentuk analog seperti RTM sebelum ini sudah dihentikan.

Semua siaran percuma yang mengguna menara untuk menghantar isyarat di Malaysia kini menggunakan teknologi digital di bawah satu platform sahaja iaitu MyTV.

MYTV memerlukan setup box yang telah diedarkan secara percuma oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini.

Pada tahun depan, kami merancang untuk mengembangkan TVS ke platform DTT (Digital Terrestrial Televisyen), yang berada di bawah MYTV dengan ia boleh ditonton secara percuma dan tiada langganan bulanan.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sarawak Kumpulan Media Group (SMG) dan TVS yang membawa Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Ia pasti akan menjadi sejarah kepada Sarawak.

Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun, ditemani oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan, yang akan melancarkan TV Sarawak sebentar sahaja lagi.

Seperti yang kita tahu, TVS bukan sahaja platform bagi masyarakat untuk mendapatkan berita rasmi tempatan, nasional dan global, tetapi ia juga sebagai satu platform yang mendorong integrasi nasional antara pelbagai Ikatan yang dimiliki pada hari ini, bukan sahaja harus dijaga tetapi harus dikongsi bersama dalam kita menuju ke arus pemodenan Saya turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Media Sarawak (SMG), individu Amat Berbahagia Toh Puan, yang akan melancarkan TV Sarawak sebentar sahaja lagi.