MUKAH: Warga Politeknik Mukah disaran untuk terus melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas Pengarahnya Dullah Muluk.

“Kita perlu peka dan proaktif terhadap isu-isu semasa pendidikan agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang progresif dan berpengetahuan.

“Warga Politeknik Mukah merupakan pelaksana dan pendukung dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional seperti Peka isu pendidikan teknik, vokasional yang diilhamkan oleh kepemimpinan negara dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar IImiah Politeknik Mukah 2020 tema Transformasi Pendidikan Tvet ke Arah Revolusi Industri 4.0 di sini, semalam. Dullah berkata, program itu memberi peluang kepada warga politeknik berkenaan khususnya dalam bidang akademik dan pengurusan untuk membentang kertas penyelidikan dalam bidang sains sosial dan kejuruteraan.

“Program ini dapat membudayakan bidang penyelidikan dalam kalangan warga politeknik, memberi peluang menghasilkan penyelidikan serta sumbangannya kepada politeknik dan mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan teknik dan vokasional.

“Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kecemerlangan dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi sebagaimana dunia pendidikan yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah dan akan terus berubah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi masa kini,” jelasnya.

Menurutnya, perkongsian ilmu seperti seminar ilmiah itu menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti pendidikan teknik dan vokasional terus mencapai tahap cemerlang dengan penyediaan pendidikan Tvet berkualiti.

“Ia bukan sahaja melibatkan aspek pembangunan prasarana pendidikan yang serba lengkap dan moden, malah juga melibatkan aspek kualiti kurikulum dan pensyarah.

“Jika warga Politeknik tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi, kita akan ketinggalan.

“Maka warga PMU perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk cabaran dalam bidang Tvet,” katanya lagi.

Program dua hari anjuran Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersial dan Unit Pembangunan Pusat Teknologi Politeknik Mukah itu dijalankan serentak di tiga tempat iaitu di Bilik Seminar ULPL, Dewan Kuliah Perdagangan dan di Bilik PemUNTUK KENANGAN… Dullah Muluk, Mohd Sani dan Iskandar Reduan bergambar bersama-sama peserta seminar.bangunan Usahawan.