Hakikat peningkatan jumlah kes tidak hanya terhad di Malaysia, malah menjadi fenomena peringkat global.

Ironinya, dunia melepasi angka satu juta kematian, menjadikan usaha menghasilkan vaksin berkesan lebih mustahak sekarang.

Terdapat lebih 150 vaksin dalam pelbagai tahap pembangunan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, wakil WHO ke Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo mengingatkan orang ramai tidak mengharapkan vaksin hingga seawal pertengahan 2021.

Bagi benar-benar berkesan, vaksin perlu mempunyai kadar kejayaan 50 peratus, baik dengan mencegah jangkitan atau mengurangkan keparahan penyakit. Selain itu, vaksin itu juga perlu mempunyai liputan 60 atau 70 peratus dalam kalangan penduduk.

Patuhi Langkah Pencegahan Semasa Pakar kesihatan awam terus bertindak memberi nasihat dengan berhati-hati dan mematuhi langkah pencegahan semasa.

Di Malaysia, kes semakin melonjak sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya gelombang yang lebih dahsyat bakal berlaku.

Gelombang ketiga penularan Covid-19 yang melanda negara sejak awal Oktober, disifatkan lebih mencabar namun terkawal berbanding gelombang pertama dan kedua pandemik berkenaan.

Gelombang ketiga Covid-19 melanda Malaysia sejak 1 Oktober lalu yang menyaksikan jumlah kes baharu melonjak kepada tiga angka untuk sembilan hari berturut-turut dengan kes tertinggi sebanyak 691 kes pada 6 Oktober.

Pada Ahad lalu, kes melonjak 561 kes menjadikan keseluruhan 15,657 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 4,587 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Setiap hari polis menahan individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antara tempoh 1 Mei hingga 28 September lalu, seramai 7,389 individu dilapor ditangkap.

Perkara yang kita hadapi ialah situasi yang tidak dapat dipandang remeh sama sekali.

Tiada Ruang Kompromi Tidak ada ruang untuk berkompromi bagi yang degil.

Rakyat kini menjadi barisan hadapan dan mereka perlu bersama-sama menghadapi perang serta perlu menanganinya bersama.

Sebelum mana-mana individu bertindak ke arah tidak menjaga nyawanya, fi kirkan juga keluarga, rakan dan teman sekerja.

Fikirkan juga semua pekerja kesihatan yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan kita selamat, dilindungi dan dijaga.

Kita harus mengambil iktibar perkara yang berlaku iaitu pengajaran utama ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai pencetus utama Covid-19.

PRN Sabah baru-baru ini yang Ini bukan masa untuk pertandingan politik, tetapi waktu untuk mempertimbangkan masalah kesihatan awam yang serius dan keadaan masyarakat.

Ramai penganalisis sudah menduga kelangsungan pilihan raya ini mengundang negatif terhadap pembendungan penyebaran Covid-19 di negara kita. Dikatakan terdapat perbincangan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang pada akhir tahun ini.

Kita berharap ini tidak lebih daripada spekulasi kerana pasti bukan waktunya untuk mengadakan pilihan raya.

Kos juga pilihan raya perlu difi kirkan dan membebankan kerajaan memandangkan sebahagiannya disebabkan oleh kemerosotan ekonomi kerana Covid-19.

Kita tidak dapat menghadapi jangkitan Covid-19 lagi yang pasti berlaku ketika orang ramai berkumpul untuk ceramah pilihan raya.

Kita harus berdisiplin dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) serta mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap pelaku yang melanggar peraturan.

Hakikatnya, kawalan ketat bersesuaian kelaziman baharu perlu terus dikuat kuasa bagi mengelak perkara berulang sekali lagi. Sesungguhnya keputusan oleh KKM untuk memerangi Covid-19 mesti disokong sepenuhnya oleh ahli politik.