ALMATY: Dua angkasawan Rusia dan seorang angkawasan NASA berlepas ke stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Rabu, yang pertama menaiki kapsul Rusia sejak pelancaran penerbangan mengoperasi SpaceX dari tapak pelancaran AS.

Sergey Ryzhikov dan Sergey Kud-Sverchkov dari Roscosmos dan Kathleen Rubins dari NASA dilancarkan dari kosmodrom Baikonur yang dikendalikan oleh Rusia di Kazakhstan pada 0545 GMT pada Rabu.

Pengulas TV NASA mengatakan semuanya normal, memetik komunikasi antara kawalan misi Rusia dan kru, sementara Roscosmos mengatakan kapsul itu berjaya memasuki orbit.

Perjalanan mereka menjadi penerbangan manusia pertama ke ISS yang berlangsung lebih tiga jam sebelum mendarat, dengan profi l laju pantas baru yang hanya memerlukan separuh masa perjalanan standard ke makmal orbit.

Hanya kapal angkasa kargo Progress tanpa pemandu yang sebelumnya menggunakan profi l ini, yang memerlukan hanya dua orbit sebelum berlabuh.

Langkah berjaga-jaga yang ketat, termasuk kuarantin lebih ketat dan pemakaian pelitup muka sebelum dilancarkan, diambil kerana pandemik Covid-19.

Namun, angkasawan dan pegawai angkasa menolak sebarang kebimbangan berkaitan risiko berlakunya jangkitan semasa mendarat di stesen. – AFP