KUCHING: Pasukan Kuching FA berjaya melayakkan diri buat pertama kali ke Piala Malaysia selepas mengalahkan Johor Darul Takzim II (2-1) dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Negeri Kuching pada 4 Oktober.

Kejayaan yang memberangsangkan ini berjaya melayakkan mereka dalam lapan pasukan teratas di Liga Perdana.
Walaupun pasukan Kuching FA hanya berusia lima tahun sejak penubuhan, mereka tidak gentar untuk bersaing dengan pasukan lain dalam mencapai kejayaan atau sasaran yang ditetapkan.

Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan salah satu penaja pasukan Kuching FA yang diwakili Pengarah Urusan Hiroshi Hamada meluahkan perasaan gembira atas hasil yang dicapai oleh pasukan tersebut.

Kerjasama antara Yakult dengan Kuching FA sangat unik dan Hamada memainkan peranan penting dalam membawa seorang jurulatih utama Akira Higashiyama serta pemain import Jepun Yuta Suzuki dan Yuuki Tanigawa ke dalam pasukan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kuching FA kerana berjaya melayakkan diri untuk berjuang di Piala Malaysia. “Mereka menunjukkan kerjasama dan semangat pasukan yang kuat sehingga berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia dari liga amatur dalam masa lima tahun sahaja.

Kejayaan ini amat membanggakan,” katanya. Selain membawa masuk jurulatih utama dan pemain import dari Jepun, Yakult juga membekalkan minuman probiotik Yakult kepada pemain Kuching FA setiap hari.

“Saya berharap melalui pengambilan minuman probiotik Yakult secara berterusan boleh membantu menguatkan sistem imun para pemain dan mengurangkan risiko jangkitan, terutama dalam situasi pandemik ini,” katanya.

Hamada menambah, walaupun masih banyak orang tidak dapat mengaitkan minuman probiotik seperti Yakult dengan sukan, tetapi sudah terdapat kajian saintifik yang dilakukan oleh Prof. Michael Gleeson dari Loughborough Universiti dan Profesor Madya Dr. Mahenderan Appukutty dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara mengenai kepentingan pengamalan minuman probiotik semasa bersukan.

“Semasa menjalani aktiviti fizikal berat, anda akan berasa terkejut mengetahui Yakult terbukti mengurangkan risiko jangkitan dan membantu dalam kesihatan mental atlet.

“Kami berharap melalui pengambilan minuman probiotik Yakult dapat mengekalkan kesihatan atlet nasional dalam keadaan optimum dan turut membantu Malaysia mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan,” katanya.

Terdahulu Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman melahirkan perasaan gembira dan teruja apabila mengetahui pasukan berjaya mara ke Piala Malaysia.

“Asalnya sasaran kami memang adalah untuk mengekalkan kedudukan di Liga Premier dan layak ke Piala Malaysia.

“Namun, kami berhadapan dengan pandemik Covid-19 sebelum musim liga berlangsung dan semua ahli pasukan perlu dikuarantin sebanyak 14 hari tanpa latihan.

“Situasi ini membawa kesukaran kepada kami semua.

Kami menghadapi cabaran ini bersama sebagai satu keluarga dan berusaha kuat selepas dua kali perlawanan.

“Hal ini telah menunjukkan bahawa setiap orang – pertubuhan, pihak pengurusan, jurulatih, staf, pemain serta penyokong – fokus dan berusaha dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ini membawa pasukan kami mencapai sesuatu tanpa had,” katanya.

Beliau bersyukur dengan semua bantuan yang dihulurkan oleh Yakult dan Hamada dalam beberapa tahun kebekalangan ini.

Kata Fazzrudin, Yakult bukan jadi rakan strategik tetapi juga rakan baik sepanjang perlawanan dan sentiasa memberi sokongan serta kerjasama dengan Yakult pada masa akan datang.

“Tidak lama lagi kami akan berjuang di Piala Malaysia. Pada masa yang sama kami juga berdepan dengan gelombang kes Covid-19.

Oleh itu, kami lebih berhati-hati dan memastikan setiap pemain minum Yakult setiap hari,” katanya.

Yakult juga mengajak semua warga Sarawak untuk menyokong pasukan tersebut menggunakan slogan Gambatte Kuching FA! yang merupakan frasa Bahasa Jepun dan membawa maksud semoga berjaya Kuching FA!.
Gambatte Kuching FA! merupakan satu kempen yang bakal dilancarkan untuk menyokong pasukan Kuching FA terus berjuang di Piala Malaysia.

Penyokong juga digesa untuk hashtag #gambattekuchingFA dalam akaun media sosial sendiri sebagai aksi menyokong pasukan ini.

Sebagai rekod, Yakult merupakan minuman probiotik rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN).