DARO: Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) merancang melaksanakan fasa kedua pembinaan premis perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, pembinaan infrastruktur adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat Daro yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana.

“Melalui projek ini, ia dapat membantu penduduk di sini dengan kemudahan melibatkan kerja-kerja pemprosesan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Dewan Masyarakat Daro di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkata, kementerianya juga telah memutuskan bahawa Projek Anjung Usahawan untuk Daro akan menjadi keutamaan dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kita memutuskan bahawa salah satu daripada keutamaan projek yang akan dilaksanakan di Daro ialah sebuah Anjung Usahawan.

“Ia bakal memberi kemudahan untuk aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk pen jualan produk.

“Ia juga bakal memudahkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dan boleh digunakan sebagai pusat pendaftaran peniaga,” ujarnya.

Mengenai bekalan air di Daro beliau berkata, pihaknya mempu nyai lima projek yang sudah dilak sanakan dan dalam pelaksanaan, termasuk dalam perancangan.

Ia melibatkan kos RM45.5 juta iaitu menaik taraf bekalan air.

“Manakala bagi bekalan elektrik di Daro, penyambungan bekalan elektrik telah dilakukan, melibat kan 709 buah rumah dan sudah siap dengan kos RM50.9 juta ter masuk melibatkan substesen elek trik dari Mukah dan Sibu,” katanya.

Awang Tengah juga berkata, proses penyukatan Tanah Hak Adat (NCR) yang dilakukan sejak 2010 ialah 943,926 hektar untuk perimeter, manakala bagi lot individu ialah 44,607 hektar atau 35,840 lot secara keseluruhan di negeri ini.

“Kita juga akan menambah bilangan pekerja bagi menjalan kan proses pemetaan yang melibatkan lebih 400 kakitangan.

“Kerja penyukatan ini secara berterusan bukan sahaja untuk menyukat tanah NCR, malah kita juga terus melaksanakan kerja kerja penyukatan bagi kampung tradisi secara,” ujarnya.