KUCHING: Komuniti kraf tangan di Sarawak terus bertahan walaupun terjejas selepas wabak Covid-19 melanda negara.

Ia bertambah buruk apabila adalah larangan rentas negeri termasuk penutupan sempadan negara menyebabkan industri ini terus menemui jalan buntu.

Walaupun Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pernah berkongsi kerisauannya kerana kemasukan ke Sarawak dikawal ketat, namun kebimbangan terhadap industri kraf dan pelancongan lagi membimbangkan.

Tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat Abdul Malik Adenan,56 pencanting batik Maltik Enterprise. “Saya masih menghasilkan seni baharu, mencipta karya saya walaupun hampir tiada pemintaan.

“Saya percaya ini merupakan pendekatan terbaik kerana kita tidak akan tahu bila keadaan akan menjadi lebih baik,” katanya.

Abdul Malik mula mempromosikan seni krafnya dalam talian tetapi mengakui sukar untuk membuat penjualan.

“Ada pelancong dari Australia dan Belanda yang biasa datang ke Sarawak, sebelum ini kebap membeli seni saya. “Baru-baru ini saya mula menggunakan Facebook dan ingin peminat seni batik dari luar negara membelinya.

“Namun, keadaan semasa mengganggu perniagaan termasuk perkhidmatan penghantaran yang terjejas.

“Ditambah penguatkuasaan Covid yang menyukar pengunjung dari Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah untuk memasuki Sarawak, apalagi pengunjung antarabangsa, ”jelasnya.

Manakala Margaret Anna Ibuh, 67, dari Ragdoll Enterprise berkata, wabak itu mempengaruhi perniagaannya kerana tiada pelanggan datang untuk membeli barang.

“Sebelum wabak, saya memiliki sebuah gerai di bazar kraf tangan lama di The Hills. “Jualan saya agak bagus tetapi  ketika Covid-19, tiada yang mahu keluar rumah kerana mereka takut.

“Kali terkakhir kami menerima pelancong antarabangsa yang datang dan melihat hasil kraf tangan saya sebelum Covid-19. Malah ketika itu, mereka juga sering membelinya, ”katanya.

Menurut Margaret, beliau berasa sukar untuk menggunakan platform digital dan dalam talian untuk menjual produknya.

“Saya belum ada platform dalam talian untuk menjual kraf tangan kerana saya sukar menggunakannya.

“Saya tidak mahir menggunakan teknologi dan ia memerlukan proses pembelajaran.

“Saya berharap pelanggan akan mengunjungi galeri Majlis Kraftangan Sarawak (SCC) yang terletak di Bangunan Steamship Sarawak,”katanya.

Manakala Dickson Noyen, 62, dari Kodek Koleksi berkata, media sosial memberi sumbangan besar kepada perniagaannya.

“Ketika pertama kali memulakan perniagaan pada 2017, saya tidak tahu menggunakan Facebook malah mengupah syarikat untuk menciptanya.

“Namun, saya tidak berpuas hati dengan kualitinya selain menanggung kos tinggi.

“Saya akhirnya memutuskan untuk belajar menjahit sendiri dan seterusnya mendaftar untuk kelas menjahit dalam Facebook dan menonton tutorial dari YouTube.

“Sejak itu saya membuat produk sendiri mulai dari aksesori seperti kalung dan topi hingga pakaian, ”katanya.

Walaupun gerainya yang terletak di galeri SSC tidak menghasilkan banyak jualan, Dickson berjaya menjana jual di Facebook.

“Sayangnya, saya masih belum membuat jualan minggu ini dari kedai saya tetapi ada dalam talian. Saya rasa orang masih takut keluar kerana Covid-19 di negera ini masih tinggi.

“Buat masa ini saya harus bergantung pada penjualan dalam talian kerana lebih menggembirakan,” katanya.

“Ada pelanggan yang lebih suka melihat produk depan mata kemudian beli,” jelasnya

Namun bagi Pengarah Urusan dan Pereka Perhiasan Pungu Borneo Lucille Awen Jon, 36, sejak 2016 sudah berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian.

“Saya sangat bertuah kerana sudah lama menggunakan media sosial untuk memasarkan produk.

“Saya mempunyai banyak pengikut. Saya fikir ia boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang baru mula melakukannya. “Saya menasihati rakan pengusaha kraf yang ingin menggunakan platform dalam talian, mulakan dari sekarang supaya boleh memasarkan produk mereka,” katanya.

Sama seperti Abdul Malik, Lucille mengakui berdepan kesulitan untuk menampung pembeli dari luar negara yang berminat dengan produknya.

“Saya mempunyai pembeli dari India dan beberapa negara Eropah yang berminat membeli produk saya. “Tetapi perkhidmatan pos masih tidak beroperasi untuk menghantar bungkusan ke luar negara.

Saya boleh menggunakan perkhidmatan kurier lain, tetapi harganya terlalu tinggi,” katanya.

Katanya, kebanyakan barang yang pembeli luar negara minati ialah kalung atau sepasang anting-anting yang berharga sekitar RM68.

“Saya sering menasihati pelanggan luar negara untuk menunggu keadaan klembali normal atau membeli dalam jumlah lebih banyak untuk mengurangkan caj perkhidmatan, ”jelasnya.