MAIYAH OMAR yang mewakili Bahagian Mukah muncul juara kategori statik wanita Kejohanan Memanah Tradisional yang berlangsung di Padang Dataran Pehin Setia Raja Mukah.

Manakala Jan Jane dari Bahagian Bintulu menduduki tempat kedua, diikuti Nabihah Ma’an (Mukah) tempat ketiga dan Norshafina (Mukah) keempat.

Sejumlah 70 peserta menyertai pertandingan anjuran Kelab Memanah Tradisional Mukah itu.

Bagi kategori statik lelaki pula dimenangi oleh Ustaz Zaquan, manakala tempat kedua Aidil Omar dan ketiga Roslan Zaini. Ketiga-tiganya dari Mukah.

Manakala tempat keempat disandang oleh Bujang Ham dari Bintulu.

Sementara itu, bagi kategori Olimpik Round jarak 30 meter lelaki juga dimenangi oleh Ustaz Zaquan, kedua Aidil Omar dari Mukah dan ketiga Onn, manakala keempat Mohd Hisyam dari Bintulu.

Kategori Olimpik Round jarak 30 meter wanita pula dimenangi oleh Maiyah Omar dari Mukah, tempat kedua Norshafina (Mukah), ketiga Jan (Bintulu) dan keempat, Nabihah Ma’an (Mukah).

Menurut Naib Pengerusi Kelab Memanah Tradisional Mukah, Osman Immun empat kategori dipertandingkan iaitu statik 40 meter, 30 meter, 20 meter dan Olimpik Round 30 meter.

Pemenang membawa pulang trofi, pingat dan hamper yang disampaikan oleh Osman Immun.