BETONG: Satu rangka tulang dipercayai manusia ditemui bersama baju, topi dan beg di sebuah hutan berhampiran Kampung Tabut, pada Khamis.

Kesemua barangan tersebut dijumpai oleh penduduk kampung pada jam 7 malam ketika pergi memeriksa jerat binatang yang telah dipasang di dalam hutan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan sepasukan Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong telah dikerahkan ke lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi mengambil masa perjalanan selama 20 minit pada jarak 1.3 Kilometer dari rumah panjang di Bukit Rabung Tabut, Skrang untuk tiba ke lokasi penemuan pada jam 10.39 pagi.

“Pihak operasi bertindak mengumpul rangka, baju, topi dan beg tersebut dan dimasukkan ke dalam beg mayat dan terus dibawa ke kenderaan Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Identiti sebenar jasad belum dapat dipastikan sementara menunggu pengesahan daripada hasil laporan makmal,” jelasnya.

Tambahnya, gerak kerja operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia dan juga warga kampung.

Ujarnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.36 tengah hari.

OPERASI… Pasukan BBP Betong mengambil masa hampir 20 minit untuk tiba ke lokasi penemuan

p/s: Langgan akhbar Suara Sarawak boleh dibuat di