KUCHING: Sebanyak 229 surat hak milik tanah diserahkan kepada 227 penerima di Bahagian Sibu, semalam. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan dokumen pemilikan dan persempadanan yang jelas itu tiada siapa boleh mempertikai pemilikan ke atas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berkenaan.

“Penyerahan surat hak milik tanah pada hari ini (26 Oktober) adalah bukti yang jelas, kerajaan telah mengotakan janji.

“Selepas penyukatan secara perimeter dan diwartakan dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, Tanah NCR penerima tersebut akan disukat secara lot individu dan diberikan surat hak milik tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 KTN dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan Selangau Bahagian Sibu di Rh.

Penghulu Surang, Nanga Tajam, Selangau semalam.

Tambahnya, sokongan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat terutamanya pemilik tanah NCR dalam Program Penyukatan Tanah NCR di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan sangat memberangsangkan.

Sebagai rekod, antara empat bahagian yang menerima surat hak milik tanah semalam ialah dari Sungai Tajam, Batang Oya, Selangau, Tanjung Penasu, Batang Igan, Sibu, Ulu Sungai Salim/Menyan dan Pasai Siong, Daerah Sibu.