Hari ini daerah Kuching telah bertukar status dari kuning kepada merah dengan merekodkan 49 kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah kes tersebut, 25 kes adalah dari kawasan Kampung Haji Baki.

Kes positif di Kampung Haji Baki telah dilaporkan pada 18 Oktober 2020.

Semenjak kes indek kluster tersebut dilaporkan, KKM telah melakukan penjejakan kontak dan Active Case Detection (ACD) pada 25 Oktober 2020.

Di kalangan 25 kes tersebut, ia melibatkan ahli keluarga terdekat kes indek, jiran terdekat, pelajar sekolah rendah dan menengah serta pekerja kesihatan.

Untuk memutuskan rantaian bagi kluster ini, maka JPBN akan mengambil Langkah pencegahan dengan melaksanakan PKPD.

Arahan Perintah Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Haji Baki akan berkuatkuasa mulai 28 Oktober (mulai 6.00 petang) hingga 10 November 2020.

Kawasan Terlibat

i. Kampung Haji Baki Blok A
ii. Kampung Haji Baki Blok B
iii. Kampung Haji Baki Blok C

Kenyataan Media JPBN Bil 264/2020

Kawalan Pergerakan

i. PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan
tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM dan RELA.
ii. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
iii. Pergerakan keluar masuk pegawai bertugas dan warder bertugas
ke dalam kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan. Pertimbangan
boleh diberikan oleh pihak PDRM dan KKM berdasarkan case by
case basis.
iv. Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh
PKPD berkuatkuasa.

Aktiviti Di Kawasan PKPD

i. Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar
daripada rumah masing-masing.
ii. Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan
untuk keluar zon tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada
PDRM.
iii. Semua surau, masjid, rumah ibadat lain dan sekolah di dalam
kawasan PKPD ditutup sepanjang tempoh ini.
iv. Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.
v. Aktiviti keagamaan, social, rekreasi dan budaya dan sukan adalah
tidak dibenarkan.
vi. KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua
penduduk yang terlibat
vii. Bekalan keperluan makan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri
yang akan dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Bahagian Kuching.

Kenyataan Media JPBN Bil 264/2020

Semua majikan (Penjawat Awam / Swasta) hendaklah memberikan kerjasama untuk membenarkan pekerja yang tinggal di kawasan PKPD ini untuk berkerja dari rumah.