SIBU: Adun Nangka Dr Annuar Rapaee mengadakan program turun padang ke empat rumah panjang di kawasannya baru-baru ini.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee itu berkata, antara tujuan kunjungan itu untuk menyalurkan dana bagi membaik pulih rumah panjang tersebut.

“Rumah Nicholas menerima dana berjumlah RM60,000 untuk baik pulih dan bina empat lagi bilik baru di rumah panjang itu. “Rumah Justin menerima dana berjumlah RM65,000 dan RM30,000 untuk bina semula dua rumah yang dapurnya roboh akibat tanah runtuh.

Sementara, RM30,000 lagi untuk membina semula beranda dan tangga rumah panjang ini,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu memberitahu, Rumah Donny juga menerima RM65,000 untuk baik pulih dengan RM5,000 bagi membina tempat meletakkan tong air biru berbumbung.

Manakala Rumah Kawau menerima RM48,000 untuk baik pulih dan membina tempat meletakkan tong air biru berbumbung.

“Rumah Donny dan Rumah Kawau sehingga kini masih bergantung kepada bekalan air. “Kerajaan merancang menyambungkan bekalan air bersih kepada dua rumah panjang ini selepas siapnya bahagian Lebuh Raya Pan Borneo yang dibina tidak jauh dari rumah ini,” ujarnya.

Ujar Dr Annuar berkata, penduduk di dua rumah juga mendapat kelulusan dana sebanyak RM5,000 untuk membina tempat meletakkan tong air biru berbumbung bagi memudahkan pihak Lembaga Air Sibu menghantar bekalan air bersih jika terdapat masalah air